Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Nevertheless” Mengakhiri Rancanganya, “The Devil Judge” Capai Rating Tertinggi Menjelangan Siri Finale

Dengan tinggal satu sahaja episod lagi, drama tvN The Devil Judge telah mencapai penilaian tertinggi setakat ini.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru The Devil Judge telah meningkat ke tahap 7.5 peratus, menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel, dan juga mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Selepas mencatatkan penilaian penonton yang sederhana sepanjang siarannya, drama romantik lakonan Song Kang dan Han So Hee, Nevertheless, mengakhiri rancangannya dengan peningkatan rating. Episod terakhir drama tersebut telah merekodkan penilaian penonton sebanyak 1.7 peratus. Bagi yang belum menonton drama ini, anda strim kesemua episod di perkhidmatan streaming Netflix

Sementara itu, drama The Penthouse 3 terus mengekalkan penguasaannya sebagai program televisyen hari Jumaat yang ramai penonton. Episod terbaru drama hit itu telah merekodkan purata rating sebanyak 18.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 19.8 peratus. 

The Penthouse 3 bukan hanya menjadi program yang ramai penonton pada hari Jumaat untuk minggu ke-11 berturut-turut, tetapi juga mengekalkan rentak sempurna sebagai minisiri yang ramai penonton sepanjang minggu.

Drama romantik terbaru MBC, Check Out the Event menyaksikan penurunan ke tahap 0.8 peratus untuk episod kedua. Akhir sekali, drama KBS 2TV, Revolutionary Sisters kekal menjadi program yang paling ramai penonton pada hari Sabtu dengan purata rating sebanyak 29.8 peratus.

Related posts

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment