Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netizen China Serang “Running Man”, Ancam Untuk Boikot

Netizen China mengancam untuk memboikot rancangan popular Korea Running Man susulan kontroversi melibatkan salah permainan dalam rancangan itu.

Pada 7 Disember, beberapa gambar telah dimuatnaik netizen China di Weibo, platform media sosial popular di China, dengan mengatakan Running Man telah melanggar prinsip “Satu-China.”

Gambar tersebut memaparkan permainan papan Blue Marble, yang mirip seperti Monopoli, dimana pemain boleh membeli hartanah di bandar-bandar di seluruh dunia. Isunya, mereka mendakwa Taipei, ibukota Taiwan, adalah sebahagian daripada China, dan papan permainan itu telah “mengasingkan Taiwan dari negara China”

Rata-rata komen yang dtinggalkan netizen mengatakan bahawa mereka akan memboikot Running Man sambil menunjukkan yang mereka telah menghapus fail tayangan dari senarai tontonan mereka. 

Ini bukan kali pertama industri hiburan Korea diserang netizen China. Pada Oktober yang lalu, BTS telah menjadi mangsa kecaman selepas menerima anugerah atas sumbangan mereka terhadap hubungan Korea Selatan – US. 

Bulan lalu, Blackpink turut diserang selepas ahli kumpulan mereka memegang Panda tanpa mengguna sarung tangan. 

Sementara itu, netizen Korea menzahirkan rasa marah terhadap isu. “Netizen China menonton Running Man secara haram”, “Kami tidak peduli jika orang China tidak menontonnya”, “Ya!, jangan tonton rancangan kami, dan buat rancangan ‘Running Man sendiri”, “LOL, kenapa mereka begitu menjengkelkan?”

Apada pendapat peminat di Malaysia? adakah kita harus menggambil popcorn dan menonton drama ini? kongsikan pendapat diruangan komen.

Sumber: Allkpop

Related posts

7 FAMILY K-DRAMAS YOU CAN ENJOY OVER LUNAR NEW YEAR

Zulaikha

“The Uncanny Counter” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Paling Popular

Zulaikha

“Royal Secret Agent” Terus Kukuh, “She Would Never Know” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Song Joong Ki Bertukar Menjadi Mafia Yang Tiada Perasaan Dalam Drama Terbaru Vincenzo

Zulaikha

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-Jung Meninggal Dunia

Zulaikha

FANTASTIC FEBRUARY K-DRAMAS THAT WILL BLOW YOU AWAY

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating