Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix: Zack Snyder Kongsi 2 Gambar Terbaru Dari Filem “Army of the Dead”

Selepas 20 tahun menghasilkan remake Dawn of the Dead, Zack Snyder kembali dengan filem bertema zombi berjudul Army of the Dead. 

Filem aksi arahan Snyder ini dijangka tayang pada September tahun ini di platform streaming Netflix. Sementara menantikan trailer yang akan dilancarkan tidak lama lagi, Snyder (via Entertainment Weekly) telah dedahkan dua gambar terbaru Army of the Dead. Anda boleh lihatnya dibawah:

Army of the Dead mengisahkan sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Barisan pelakon terdiri daripada Dave Bautista (Stuber), Hiroyuki Sanada (Avengers: Endgame), Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

Snyder telah merancang filem ini sejak 2007 dan pada awalnya dibangunkan di Warner Bros. Kini projek tersebut dihasilkan di Netflix dengan modal pembikinan yang agak besar iaitu sekitar $70 juta hingga $90 juta dolar.

 

 

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment