Selepas menerima pujian yang tinggi dari peminat francais Ultraman, laman streaming Netflix tidak menunggu lama apabila mereka mengumumkan musim kedua siri anime Ultraman.
Netflix mengumumkan berita baik kepada peminat Ultraman dilaman Twitter rasmi mereka beberapa hari lepas. Pengumum tersebut turut disertakan sekali dengan visual Ultraman yang cukup menarik.
Get ready to armor up once again, Ultraman is coming back for Season 2. pic.twitter.com/34Bsn0MRMt
— NX (@NXOnNetflix) June 11, 2019
Siri anime yang diterbitkan Production I.G itu diadaptasikan dari manga berjudul Ultraman karya Eiichi Shimizu dan Tomohiro Shiguchi. Manga tersebut merupakan sekuel kepada siri tokusatsu pertama Ultraman ciptaan Eiji Tsuburaya. Siri asal itu keudara pada Julai 1966 hingga April 1967 dan mempunyai 39 episod.
Siri anime Ultraman musim kedua dijangka akan bersiaran di laman Netflix pada tahun 2020.