Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV Slot Asia

Netflix Umumkan Tarikh Tayangan KINGDOM Musim Ke-2, Teaser Trailer Turut Dilancarkan

Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan rasmi untuk musim kedua drama seram Korea Selatan berjudul Kingdom. Dibintangi Ju Ji-Hoon dan Bae Donna, siri popular itu akan kembali pada 13 Mac ini. Pengumuman tersebut turut disertakan teaser trailer dan poster Kingdom. Anda boleh saksikannya dibawah.

Ditetapkan zaman Joseon Korea, dalam kerajaan yang dikalahkan oleh rasuah dan kebuluran, wabak misteri telah tersebar sehingga menjadikan orang yang dijangkiti menjadi raksasa. Putera mahkota, yang dituduh mengkhianat, terdesak untuk menyelamatkan rakyatnya, menetapkan perjalanan untuk mengungkap kejahatan yang berlaku dalam kegelapan.

Kingdom dibintangi Ju Ji-Hoon (Along with the Gods, Dark Figure of Crime) sebagai Putera Mahkota, Bae Doona (Sense8, Cloud Atlas) sebagai Seo-bi, Ryu Seung-Ryong (Miracle at Cell No. 7, Extreme Job) sebagai Jo Hak-Jo, Kim Sangho (The Beauty Inside, The Happy Life), Heo Joon-Ho (Jumong), dan Jeon Seok-Ho (The Good Wife).

Diarahkan oleh Kim Seung-Hun dari skrip yang ditulis oleh Kim Eun-Hee, Kingdom berdasarkan siri komikweb berjudul Land of the Gods. Semua episod musim pertama sudah tersedia untuk streaming di Netflix.

Related posts

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

FINAL EIGHT EPISODES OF HBO’S IN TREATMENT SEASON 4 TO PREMIERE EARLY EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

“Youth Of May” Berakhir Dengan Rating Yang Mantap

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating