Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Umumkan Barisan Pelakon “We Can Be Heroes”


Netflix secara rasminya telah mengumumkan barisan pelakon filem We Can Be Heroes yang terdiri daripada Pedro Pascal, Christian Slater, Yaya Gosselin, Akira Akbar, Boyd Holbrook dan bintangi filem Bollywood, Priyanka Chopra Jonas.

Filem bertemakan ‘superhero’ itu akan mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak kepada adiwira Bumi yang secara tiba-tiba terpaksa memikul tanggungjawab berat selepas ibubapa mereka diculik oleh makhluk asing. Mereka perlu belajar untuk bekerjasama dalam usaha untuk menyelamatkan ibubapa mereka dan menyelamatkan dunia.

Pengarah francais Spy Kids dan The Adventures of Sharkboy and Lavagirl,Robert Rodriguez diberi tanggungjawab untuk mengarah filem Netflix ini. Dia juga akan turut bertindak selaku penerbit.

We Can Be Heroes kini sedang dalam penggambaran dan dijangka akan menemui pelanggan Netflix tidak lama lagi.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee