Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Love Alarm” Musim Ke-2

Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan perdana drama yang dinantikan Love Alarm musim kedua!

Pada 14 Februari, Netflix Korea berkongsi ciapan di saluran media sosial mereka, “Pada Hari Valentine, kami tidak pasti apa yang harus diberikan kepada anda, jadi kami membawakan ini kepada anda. Seperti hadiah, musim kedua ‘Love Alarm’ akan datang kepada anda. Pada 12 Mac, mari bersua muka dengan Netflix. “

Selain itu juga, dua gambar yang menampilkan pelakon utama Love Alarm turut dikongsikan kepada peminat. Anda boleh lihatnya dibawah. 

Berdasarkan webtoon terkenal dengan judul yang sama, Love Alarm adalah drama romantis yang ditetapkan dalam realiti alternatif di mana orang mencari cinta melalui aplikasi yang memberi peringatan kepada pengguna apabila seseorang dalam radius 10 meter mempunyai perasaan terhadap mereka.

Musim pertama menceritakan kisah Kim Jo Jo (Kim So Hyun), Hwang Sun Oh (Song Kang), dan Lee Hye Yeong (Jung Ga Ram) ketika mereka menghadapi dunia di mana orang hanya dapat menyatakan cinta mereka melalui aplikasi. Musim kedua disahkan pada Oktober 2019, dan foto dari pembacaan skrip dikeluarkan pada Februari 2020.

Musim terbaru Love Alarm akan menemui penonton pada 12 Mac 2021.

Sumber: Soompi

Related posts

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Kakimuvee

Go Ara Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru

Zulaikha

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

Leave a Comment