Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Netflix Umum Stranger Things 4!

Netflix mengumumkan secara rasmi bahawa rancangan televisyen bersiri Stranger Things 4 akan dihasilkan tidak lama lagi. Pengumuman dibuat menerusi video ‘teaser’ dengan tertera ayat “We’re not in Hawkings anymore”. Finale musim ketiga yang lalu telah menetapkan era baru untuk siri akan datang dan menyaksikan sebilangan besar watak bersedia untuk pergi bandar Indiana.

Berikut ada kenyataan yang dikeluarkan Duffer brothers berikutan sambungan siri Stranger Things. 

“We can’t wait to tell many more stories together — beginning, of course, with a return trip to Hawkins!”

Stranger Things dicipta oleh Matt dan Sean Duffer dimana mereka berdua turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah bersama-sama Shawn Levy, Dan Cohen dan Iain Patterson.

Bagi yang belum pernah menonton rancangan televisyen ini, anda boleh berbuat demikian  dengan menyaksikan musim pertama hingga ketiga dilaman penstriman video Netflix.

Setakat ini, tarikh siaran masih lagi tidak didedahkan.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment