Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Netflix Umum Siri & Filem ‘Original’ Dari Indonesia


Semalam, Netflix telah mengumumkan senarai kandungan filem dan siri ‘original’ terbaru dari Indonesia. Tujuh judul baru, merangkumi pelbagai genre, dari ‘sci-fi thriller’, komedi, hingga ke ‘period drama’, telah diumumkan Netflix semasa acara Waktu Netflix Indonesia.

‚ÄúIndustri filem Indonesia berkembang dengan sangat pesat dalam beberapa tahun terakhir. Semakin banyak pencipta dan cerita dari Indonesia yang ditayang dan menarik perhatian penonton mahupun para pengkritik diseluruh dunia,‚ÄĚ kata Rusli Eddy, Ketua Kandungan Netflix Indonesia.

Waktu Netflix Indonesia akan memberikan pelbagai kisah yang autentik dan unik, mewakili negara kami yang kaya dengan cerita dan budaya, mempersembahkan bakat-bakat yang berkaliber dengan hasil kerja yang telah membentuk industri filem kami.”

Sejak Netflix bertapak di Indonesia pada tahun 2016, kisah-kisah yang memukau dari Indonesia seperti Ali & Ratu Ratu Queens dan Photocopier telah berjaya memikat hati penonton. Deretan judul terbaru mencerminkan komitmen Netflix untuk membantu industri kreatif Indonesia mengembangkan karya yang menarik dan membawanya ke seluruh dunia. 

Menjelang hujung tahun ini, penonton akan melihat filem aksi komedi The Big 4 arahan Timo Tjahjanto. Ia berkisar tentang seorang detektif wanita yang bekerjasama dengan pembunuh upahan untuk menyiasat kes kematian ayahnya. 


Tjahjanto, yang telah menandatangani beberapa projek bersama Netflix berkata,¬†“Tidak sabar rasanya menantikan filem ini ditonton oleh semua orang baik di Indonesia mahupun seluruh dunia.”

Showrunner Shanty Harmayn bersama pengarah Kamila Andini dan Ifa Isfansya akan mempersembangkan siri drama Gadis Kretek, tentang sebuah kisa cinta dengan latarbelakang perkembangan industri kretek serta pelbagai peristiwa masa lampau di Indonesia. 

‚ÄúBerasal dari Indonesia, saya yakin kisah indah ini dapat dinikmati oleh penonton di mana saja,‚ÄĚ ujar Shanty.

Pengarah Joko Anwar mengumumkan siri sci-fi thriller Nightmares and Daydreams, tentang orang-orang biasa yang mengalami berbagai kejadian aneh yang mungkin dapat menjawab asal usul dunia. Dengan plot yang berbagai, kisah-kisah ini akhirnya akan saling berhubung dan mencapai pengakhiran yang dramatik.

‚ÄúIndonesia mempunyai begitu banyak cerita luar biasa dan unik. Saya selalu tertarik untuk memperkenalkannya kepada dunia, termasuk sederet kisah baru ini,‚ÄĚ kata Joko.

Antara judul-judul lain yang diumumkan Netflix adalah:

Dear David, drama remaja ciptaan Muhammad Zaidy dan diarahkan oleh Lucky Kuswandi; sitkom Klub Kecanduan Mantan karya Salman Aristol; Salman Aristo; Hari Ini Akan Kita Ceritakan Nanti (Today We’ll Talk About That Day), ansuran terbaru francais Nanti Kita Cerita tentang Hari Ini arahan Angga Dwimas Sasongko dan Komedi Kacau (Comedy Chaos) yang berasal dari penulis Radtiya Dika dan pengarah Ernest Prakasa.

 


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee