
Selepas ditonton lebih 44 juta pengguna dan menduduki tangga pertama di 88 buah negara, Netflix dengan pantas mengumumkan sekuel filem superhero kanak-kanak, We Can Be Heroes.
Pekara tersebut dikongsikan media antarabangsa Deadline.
Diarahkan oleh Robert Rodriguez, We Can Be Heroes berkisar tentang sekumpulan anak-anak kepada adiwira Bumi yang secara tiba-tiba terpaksa memikul tanggungjawab berat selepas ibubapa mereka diculik oleh makhluk asing. Mereka perlu belajar untuk bekerjasama dalam usaha untuk menyelamatkan ibubapa mereka dan menyelamatkan dunia.
Filem ini dibintangi YaYa Gosselin (The Purge), Pedro Pascal (The Mandalorian), Priyanka Chopra Jonas (Quantico), pemenang anugerah Globe Christian Slater (Mr. Robot), Boyd Holbrook (Logan), Christopher McDonald (Ballers), dan Adriana Barraza (Babel).
We Can Be Heroes kini boleh ditonton diplatform penstriman Netflix.