Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Umum Produksi “Jung-E”, Akan Menampilkan Pelakon Kang Soo-youn, Kim Hyun-joo & Ryu Kyung-soo


Dari pengarah yang membawakan kepada anda Train to Busan dan Peninsula, muncul sebuah filem sci-fi imaginatif terbaru yang akan menjelajah ke masa hadapan di mana kelangsungan hidup manusia bergantung pada kejayaan pengklonan otak tentera upahan robot legenda. 

Netflix, perkhidmatan hiburan streaming terkemuka di dunia, telah mengesahkan penerbitan filem sains fiksyen terbaru arahan Yeon Sang-ho yang bertajuk Jung-E (tajuk kerja) dan dibintangi oleh Kang Soo-youn, Kim Hyun-joo, dan Ryu Kyung-soo sebagai pelakon utama. 

Filem ini ditetapkan pada abad ke-22 di mana perubahan iklim dunia telah membuatkan Bumi tidak dapat dihuni, dan manusia terpaksa tinggal di tempat perlindungan buatan manusia. Perang dalaman meletus, dan kesannya bergantung pada kejayaan teknologi pengklonan otak dari tentera upahan robot legenda bernama Jung-E.

Pengarah Yeon Sang-ho, yang telah mencipta semula masa depan filem Korea dengan Train to Busan, Peninsula dan Hellbound, memfokuskan tema filem pada pengklonan otak dan robot upahan yang mirip seperti manusia untuk cerita ini.

Pilihan pelakonnya juga perlu diberi perhatian. Kang Soo-youn kembali dari rehat selama lapan tahun untuk memainkan peranan sebagai Seo-hyeon, ketua pasukan makmal untuk pengklonan otak dan teknologi AI yang bertanggungjawab untuk menguji pengklonan otak dan kemampuan tempur Jung-E.


Kang adalah pelakon Korea pertama yang menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Venice menerusi peranannya dalam filem tahun 1986, The Surrogate Womb. Prestasinya dalam Blue In You dan Ladies of the Palace, serta beberapa karyanya yang lain, menandakannya sebagai pelakon legenda yang membuka jalan untuk kebangkitan semula  industri filem Korea.

Kim Hyun-joo memainkan peranan penting sebagai Jung-E, askar paling elit dari pasukan sekutu yang menjadi subjek ujian klon otak. Dengan persembahan hebat dalam pelbagai drama seperti Watcher dan Undercover, Kim akan menunjukkan emosi yang kompleks melalui lakonannya sebagai “tentera upahan legenda” yang berperang dalam pelbagai pertempuran dan menderita disebabkan ujian pengklonan otak.

Ryu Kyung-soo berperanan sebagai Sang-hun, pengarah pusat penyelidikan yang bertekad untuk menjayakan klon otak Jung-E dalam usaha membawa kemenangan pada pasukan sekutu. Wataknya dalam filem ini menunjukkan transformasi 180 darjah dari peranannya yang terdahulu, seperti dalam filem A Resistance dan juga dalam drama Itaewon Class dan Lovestruck in the City. Bagi Kim Hyun-joo dan Ryu Kyung-soo, mereka akan terus berkolaborasi dengan pengarah Yeon Sang-ho setelah bekerjasama dengannya dalam Siri Netflix yang bakal dilancarkan, Hellbound.

Jung-E (tajuk kerja) mempunyai banyak perkara: ia adalah filem sci-fi imaginatif dari pengarah Yeon Sang-ho; memaparkan tema novel pengklonan otak “tentera upahan legenda” pada abad ke-22; menandakan kepulangan semula pelakon legenda Kang Soo-youn dan peranan transformatif dari pelakon Kim Hyun-joo dan Ryu Kyung-soo; dan pastinya filem ini akan memberikan banyak aksi yang luar biasa dan realistik

Filem Netflix Jung-E akan dilancarkan hanya di Netflix.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee