Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Umum Musim Kedua “Alice In Borderland”

Netflix telah mengumumkan musim kedua siri adaptasi live-action Alice in Borderland! 

Sejak ditayangkan pada 10 Disember yang lalu, Alice in Borderland telah menjadi hit di, bukan sahaja di Asia, malah di seluruh dunia!. Siri adaptasi tersebut berjaya menduduki senarai Top 10 di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina, Taiwan, Thailand, Jerman, Perancis, Portugal, Greece serta 40 negara yang lain!. (Netflix tidak mendedahkan jumlah tontonan untuk rancangan bersiri). 

Alice in Borderland berdasarkan dari manga survival thriller berjudul sama karya Haro Aso. Manga ini telah diterbitkan dalam Weekly Shonen Sunday

Siri ini mengisahkan Arisu – seorang pemuda yang lesu, tidak bekerja dan sangat obeses dengan permainan video – mendapati dirinya berada dalam bandar Tokyo yang pelik dan kosong, dimana dia dan rakan-rakannya mesti bersaing dalam permainan bahaya untuk terus hidup. 

Dalam dunia pelik ini, Arisu bertemu Usagi, seorang wanita muda yang mengembara dalam permainan secara bersendirian. Bersama-sama, mereka berusaha untuk membongkar satu demi satu misteri, ketika mempertaruhkan nyawa mereka dan menghadapi apa artinya hidup. 

Diarahkan oleh Shinsuke Sato, barisan pelakon terdiri daripada Kento Yamazaki (Kingdom, The Disastrous Life of Saiki K), Tao Tsuchiya (Library Wars: BOOK OF MEMORIES, Mare) dan ramai lagi.

Anda boleh baca review Alice in Borderland disini

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha