Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Umum Musim Ke-2 D.P.

Netflix telah mengesahkan produski Musim 2 untuk siri D.P.

Siri yang dilancarkan pada 27 Ogos yang lalu membawa isu sosial yang tersembunyi dari perhatian. Pada 3 Disember yang lalu, D.P. telah dipilih sebagai Rancangan Antarabangsa Terbaik The New York Times 2021

Siri ini berpusat pada anggota Unit Deserter Pursuit, An Jun-ho (Jung Hae-in) dan Han Ho-yeol (Koo Kyo-hwan) ketika mereka menemui cerita yang berbeza semasa memburu rakan-rakan tentera yang telah meninggalkan tugasan mereka (pembolos).

D.P. berjaya memukau penonton dan pengkritik dengan watak-watak yang hebat yang diletakkan dalam premis mengenai askar yang memburu askar-askar yang meninggalkan tugas mereka. Dengan gandingan mantap antara Jung Hae-in dan Koo Kyo-hwan serta persembahan hebat daripada Kim Sung-kyun, Son Suk-ku dan pelakon lain, watak-watak itu berjaya menarik perhatian penonton tanpa mengira generasi dan jantina.

Siri ini tidak segan silu untuk menyampaikan mesej sosial yang tajam tentang kesusahan hidup dan realiti yang tidak adil yang relevan bukan sahaja dalam masyarakat Korea tetapi dalam konteks antarabangsa.

Pengulas luar negara telah mengulas tentang kesan menyeluruh cerita itu: “D.P. adalah gelap, berani, menyedarkan dan memberi gambaran tentang dunia hari ini. Ia adalah salah satu K-Drama terbaik yang dikeluarkan tahun ini” (Ready Steady Cut); dan “… persembahan cemerlang yang seragam, sinematografi yang hebat, dan komitmen yang berani untuk memberi penerangan tentang budaya buli yang mengerikan dalam tentera menjadikan D.P. pesta enam jam yang menarik” (NME).

Musim 2 akan menyambung apa yang ditinggalkan dalam Musim Pertama dengan pengarah Han Jun-hee bersatu semula dengan penulis Kim Bo-Tong untuk menulis bersama-sama dan mencipta satu lagi pusingan episod yang sangat hebat untuk penonton di seluruh dunia.

D.P. akan kembali pada Musim Kedua dengan semua cerita yang menarik dalam Musim Pertama boleh didapati hanya di Netflix!

 

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha