Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Netflix Umum Barisan Pelakon Siri ‘Live-Action’ One Piece, Dedah Poster Karakter Pertama


Netflix telah mengumumkan bahawa Iñaki Godoy, Mackenyu, Emily Rudd, Jacob Romero Gibson dan Taz Skylar akan menyertai siri live-action One Piece sebagai pelakon tetap siri.

Sebelum ini, Netflix, Tomorrow Studios dan Shueisha telah mengumumkan kerjasama mereka untuk mengadaptasi salah satu siri manga terlaris sepanjang zaman, One Piece, sebagai salah satu siri aksi langsung, membawakan kisah penggembaraan lanun dari Jepun ini kepada penonton di seluruh dunia.

Pengarang siri manga dan Penerbit Eksekutif Eiichrio Oda berkata, “Kami telah bekerjasama dengan Netflix dan Tomorrow Studios dalam projek besar iaitu adaptasi siri aksi langsung Hollywood ONE PIECE. Sudah beberapa tahun diumumkan bukan? Saya tahu! saya tahu! Tetapi yakinlah kami telah membuat kemajuan yang stabil selama ini. Bukan mudah apabila anda bekerja dengan orang dari budaya yang berbeza, tetapi proses itulah yang boleh menghasilkan sesuatu yang istimewa!”

Dalam pada itu, Netflix telah mendedahkan poster karakter pertama yang menampilkan barisan pelakonnya berserta watak-watak mereka. Anda boleh lihat poster-poster tersebut dibawah:

PELAKON TETAP SIRI:


  • Iñaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy. (Go, Youth!, Who Killed Sara?)
  • Mackenyu sebagai Roronoa Zoro. (Rurouni Kenshin: Final Chapter, Pacific Rim: Uprising)
  • Emily Rudd sebagai Nami. (Fear Street, Hunters)
  • Jacob Romero Gibson sebagai Usopp. (Greenleaf, All Rise
  • Taz Skylar sebagai Sanji. (Boiling Point, Villain )


Related posts

Kejayaan Filem Pertama Dorong Netflix Pesan Filem Sekuel Troll

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Filem Seram Netflix Sister Death Dari Pengarah [REC] Akan Ditayangkan Pada Halloween Ini

Kakimuvee