Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Umum Barisan Pelakon Siri Adaptasi “La Casa de Papel” Versi Korea

Sudah tiba masanya untuk mengucapkan ‘ciao’ – atau lebih tepatnya, ‘annyeonghaseyo’ – kepada barisan pelakon adaptasi Korea dari siri asli Netflix Spanish La Casa de Papel atau lebih dikenali sebagai Money Heist.

Siri Original Korea yang akan datang menampilkan barisan pelakon yang mantap yang terdiri adari pelakon terkenal Korea termasuklah Yoo Ji-tae (The Swindlers, Money, Svaha: The Sixth Finger) sebagai ‘The Professor’ dan Kim Yunjin (Seven Days, Ode to My Father, Lost, Mistresses) sebagai Seon Woojin, inspektor di Pasukan Petugas.

Adaptasi Korea La Casa de Papel memiliki 12 episod dan ditetapkan di semenanjung Korea. Ia akan berpusat di sekitar anggota kumpulan yang direkrut oleh Profesor, tebusan, dan Pasukan Khas yang menangani kes kecurian.

Diterbitkan studio BH Entertainment dan Contents Zium, siri adaptasi ini akan diarahkan oleh Kim Hong-sun berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Ryu Yong-jae, Kim Hwan-chae dan Choe Sung-jun.

Anggota The Professor terdiri daripada Yoo Ji-tae (“The Professor”), Park Hae-soo (“Berlin”), Jeon Jong-seo (“Tokyo”), Lee Won-jong (“Moscow”), Kim Ji-hun (“Denver”), Jang Yoon-ju (“Nairobi”), Park Jung-woo (“Rio”), Kim Ji-hun (“Helsinki”), dan Lee Kyu-ho (“Oslo”), manakala watak Pasukan Petugas akan dilakonkan oleh Kim Yunjin (“Seon Woojin”) dan Kim Sung-o (“Cha Moohyuk”).

Park Myung-hoon (“Cho Youngmin”) dan Lee Joobeen (“Youn Misun”) akan memainkan peranan sebagai tebusan.

Adaptasi Korea La Casa de Papel akan dilancarkan secara global sebagai Netflix Original Series, dan butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi. 

Related posts

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

Leave a Comment