Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

[Netflix] Trailer Filem The Laundromat Dedahkan Konspirasi Global


Netflix telah melancarkan trailer pertama filem The Laundromat arahan Steven Soderbergh. Trailer tersebut memaparkan pendedahan bagaimana golongan elit mengekalkan kuasanya. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem ini berdasarkan buku Secrecy World: Inside the Panama Papers Investigation of Illicit Money Networks and the Global Elite yang ditulis oleh journalist Jake Bernstein. Buku tersebut menceritakan pembongkaran konspirasi Panama Papers yang mengandungi data korporat dan kerajaan.

Netflix berjaya mendapatkan hak tayangan filem The Laundromat selepas ia ditayangkan di Festival Filem Cannes. Skrip filem ditulis Scott Z. Burns, manakala Lawrence Grey bertindak selaku penerbit bersama-sama Michael Sugar, Burns dan Soderbergh.

Filem ini dibntangi pelakon-pelakon hebat seperti Meryl Streep, Gary Oldman, Antonio Banderas, Sharon Stone, Robert Patrick dan Jeffrey Wright.

The Laundromat akan memulakan tayangannya di US pada 27 September sebelum ditayangkan dilaman penstriman Netflix pada 18 Oktober.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee