Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

[Netflix] Tonton Trailer Siri Animasi Fast & Furious: Spy Racers


Netflix dan DreamWorks TV telah melancarkan trailer rasmi siri animasi Fast & Furious: Spy Racers yang memberi tumpuan kepada pelumba muda yang diketuai oleh Tony Torreto, lakoan Tyler Posey.

Siri animasi ini berdasarkan dari francais popular Fast & Furious dan akan boleh ditonton dilaman streaming Netflix mulai 26 Disember. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Fast & Furious: Spy Racers mengisahkan tentang Tony Toretto (sepupu kepada Dom Toretto) yang direkrut bersama rakannya oleh agensi kerajaan untuk menyusp masuk ke dalam liga perlumbaan kereta. Liga tersebut dianjurkan oleh organisasi jenayah terancang yang mahu mendominasi dunia.

Siri animasi ini disuarakan oleh Tyler Posey, sebagai Tony Toretto, sepupu Dom Torreto yang menjadi pelumba perisik, Camille Ramsey sebagai Layla Gray, pelumba haram terkenal yang bekerja untuk SH1FT3R, Luke Youngblood sebagai Frostee Benson, pakar teknologi muda yang berusia 13 tahun, Charlet Chung sebagai Echo, pakar perisikan dan Jorge Diaz sebagai Cisco Renaldo, orang kuat dalam krew Toretto.

Tim Hendrick dan Bret Haaland akan bertindak selaku ‘showrunners’ dan juga penerbit eksekutif siri ini. Vin Diesel dan Chris Morgan juga turut terlibat dengan siri ini sebagai penerbit eksekutif.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee