Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

[Netflix] Tonton Teaser Trailer The Irishman, Kisah Pembunuh Upahan Gangster

Teaser trailer filem The Irishman telah dilancarkan. Filem ini diarahkan oleh Martin Scorsese dan mengisahkan tentang bagaimana seorang pembunuh upahan terkenal dapat mengubah perjalanan sejarah. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

The Irishman dibintangi Robert De Niro yang memainkan peranan sebagai Frank Sheeran, seorang ketua kesatuan buruh dan pembunuh upahan untuk keluarga jenayah Bufalino. Turut membintangi filem ini adalah Al Pacino sebagai Jimmy Hoffa, Joe Pesci, Harvey Keitel, Anna Paquin, Bobby Cannavale, dan Ray Romano

Diadaptasikan dari buku I Heard You Paint Houses karya Charles Brandt, ia mengisahkan tentang perjalanan hidup Frank Sheeran, seorang veteran Perang Dunia Kedua dan pembunuhan upahan. Sebagai seorang yang sudah tua, dia mendedahkan kejadian yang berlaku semasa kariernya sebagai pembunuh upahan, terutamanya peranannya dalam dalam kes kehilangan ketua kesatuan pekerja, Jimmy Hoffa dan penglibatannya dengan keluarga jenayah Bufalino.

Filem ini akan disiarkan di laman streaming Netflix pada September akan datang.

Related posts

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Leave a Comment