Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Terbaru Ryan Reynolds “The Adam Project”

Netflix akhirnya telah menetapkan tarikh tayangan untuk filem komedi aksi sci-fi yang akan datang The Adam Project, yang juga merupakan kerjasama terbaharu antara Ryan Reynolds dan pengarah Shawn Levy selepas filem blockbuster hit tahun lalu Free Guy. Filem itu dijadualkan dijadualkan tayangan pada hari Jumaat, 11 Mac.

Bintang Deadpool itu menggunakan Facebook untuk mengesahkan pengumuman tarikh, menggambarkan projek khas itu sebagai menyentuh perasaan, lucu dan penuh aksi.


The Adam Project merupakan filem sains fiksyen thriller komedi mengenai Adam yang pergi ke masa lampau untuk membantu dirinya sendiri yang berusia 13 tahun. Mereka berdua perlu mencari ayah mereka dalam usaha membetulkan kembali keadaan demi menyelamatkan masa hadapan. 

Mark Ruffalo akan memainkan peranan sebagai ayah Reynolds, seorang ahli fizik yang bijak, manakala pelakon Catherine Keener menjadi antagonis utama yang cuba mencuri teknologi yang cukup berkuasa dari karakter lakonan Ruffalo. Walker Scobell membawa watak adam versi muda, Alex Mallari, Jr. sebagai orang kanan antagonis dan Zoe Saldana.

Skrip ditulis oleh Jonathan Tropper dan David Ellison. Reynolds dan Levi turut berkhidmat sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan mereka iaitu Maximum Effort dan 12 Lap Entertainment. David Ellison, Dan Goldberg dan Don Granger menjadi penerbit bagi pihak Skydance.

Related posts

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

Leave a Comment