Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Netflix Terbitkan Siri TV RESIDENT EVIL


Netflix bakal menerbitkan siri televisyen Resident Evil, lapor Deadline.

Siri yang diadaptasikan dari permainan video survival seram Capcom itu akan diketuai penerbit Supernatural, Andrew Dabb dengan kerjasama Constantin Film, studio dari Jerman yang terkenal dalam penghasilan siri filem Resident Evil. 

“I’m incredibly excited to tell a new chapter in this amazing story and bring the first ever Resident Evil series to Netflix members around the world. For every type of Resident Evil fan, including those joining us for the first time, the series will be complete with a lot of old friends, and some things (bloodthirsty, insane things) people have never seen before.” – Adrew Dabb

Menurut laporan, siri ini akan dikembangkan dalam dua garis masa yang berlainan, menampilkan protagonis yang sama. Garis masa pertama akan mengikuti sepasang adik-beradik perempuan berusia empat belas tahun yang baru sahaja berpindah ke New Raccoon City. Tidak lama kemudian, Jade dan Billie Wesker mengetahui bahawa terdapat banyak perkara menakutkan, yang disembunyikan ayah mereka. 

Pada garis masa kedua, Jade berusia tiga puluhan. Di masa depan, T-virus telah menjangkiti banyak orang dan haiwan, dia harus melakukan apa yang diperlukan untuk bertahan, dan dalam masa yang sama, kisah lampau masih menghantuinya.


Netflix masih mendedahkan tarikh tayangan dan barisan pelakon yang terlibat.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee