Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix & Sony Meterai Perjanjian Perlesenan Streaming

Sony Pictures Entertainment dan Netflix memperluaskan lagi perkongsian mereka dengan mengumumkan perjanjian baru yang menawarkan filem-filem blockbuster Sony untuk ditayangkan di platform streaming Netflix bermula pada tahun 2022.

Kesepakatan ini berdasarkan perjanjian sebelumnya dimana Netflix telah memperolehi lesen penyiaran semua filem Sony Pictures Animation, bermula dengan filem The Mitchells vs. The Machines.

“Sony Pictures adalah rakan kongsi yang hebat dan kami gembira dapat memperluaskan hubungan kami melalui perjanjian ini,” kata Scott Stuber, Ketua Filem Global di Netflix, dalam satu kenyataan. “Ini bukan sahaja membolehkan kita membawa francais filem kesayangan dan IP baru ke Netflix di A.S., tetapi juga mewujudkan sumber filem tayangan pertama untuk peminat Netflix di seluruh dunia.”

Di bawah perjanjian itu, Netflix akan memperolehi hak tayangan pertama selepas filem dilancarkan di pawagam, dengan judul seperti Morbius, Uncharted, Where the Crawdads Sing dan Bullet Train antara kandungan pertama dalam jadual tahun depan.

Filem-filem itu akan diikuti oleh entri lain dalam senarai IP Sony Pictures, termasuklah sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse serta filem Sony Marvel yang lain, seperti sekeul Venom dan Spider-Man. Dijangkakan, francais Jumanji dan Bad Boys akan turut ditayangkan di Netflix. 

Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, Sony Pictures’ Motion Picture Group akan menawakan kepada Netflix mana-mana filem yang ingin dihasilkan terus ke platform streaming atau memutuskan kemudian untuk memberi lesen untuk streaming. Netflix juga komited untuk melabur dalam beberapa filem sepanjang perjanjian mereka.

Related posts

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee