Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Berita Official Trailer

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Peminat permainan video DOTA 2 pasti tidak sabar untuk menyaksikan siri anime terbaru Netflix berjudul “DOTA: Dragon’s Blood“.

Sementara menantikan tayangannya pada 25 Mac ini, Netflix telah menaikkan keterujaan peminat dengan mendedahkan trailer terbaru, berserta poster karakter “DOTA: Dragon’s Bloods”, yang menampilkan watak-watak utama dalam siri anime akan datang.

Anda boleh saksikan trailer dan poster karakter dibawah. 

Siri fantasi akan datang menceritakan kisah Davion, seorang Dragon Knight terkenal yang berazam mahu menghapuskan malapetaka dari dunia. Setelah bertemu dengan eldwurm kuno yang kuat dan juga Puteri Mirana yang sedang menjalankan misi rahsianya sendiri, Davion segera terlibat dalam peristiwa yang jauh lebih besar daripada apa yang pernah dia bayangkan.

Siri ini berdasarkan pada francais permainan video global DOTA 2 yang sangat berjaya oleh Valve. Ashley Edward Miller (X-Men: First Class, Thor, dan Black Sails) berfungsi sebagai ‘showrunner’ dan penerbit eksekutif.

Animasi “DOTA: Dragon’s Bloods” dibangunkan oleh Studio MIR, yang telah menghasilkan animasi “The Legend of Korra” dan siri “Netflix Voltron: Legendary Defender”. Animator “The Legend of Korra”, Ryu Ki Hyun turut menjadi penerbit siri anime terbaru Netflix ini. 

Related posts

Hulu Lancar Trailer Animasi “Marvel’s M.O.D.O.K”

Kakimuvee

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

Isqandar

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

Kakimuvee

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Kakimuvee

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee