Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix: Saksikan Drama Korea Terbaru Designated Survivor: 60 Days Julai Ini


Drama terbaru Korea yang bertemakan politik thriller, Designated Survivor: 60 Days arahan Yoo Jong-Sun bakal memulakan siarannya di saluran tvN dan Netflix mulai 1 Julai ini. Drama terbaru ini merupakan ‘remake’ dari siri televisyen Amerika berjudul Designated Survivor lakonan Kiefer Sutherland.

Designated Survivor: 60 Days  mengisahkan tentang Park Moo-Jin (Ji Jin-Hee), seorang bekas profesor kimia dan kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Beliau tidak mempunyai cita-cita, kepentingan peribadi atau pengetahuan tentang politik sebagai ahli politik.

Pada suatu hari, pegawai kerajaan berpangkat tinggi berkumpul di pejabat Presiden. Letupan kemudian berlaku, membunuh ramai pegawai kerajaan, termasuk Presiden. Park Moo-Jin adalah pegawai kerajaan tertinggi yang ditinggalkan hidup. Dia tidak mahu kedudukannya, tetapi dia mesti memegang jawatan sebagai presiden selama 60 hari.

Turut membintangi drama ini adalah Lee Joon-Hyuk, Heo Jun-Ho, Kang Han-Na, dan Bae Jong-Ok. Drama ini akan bersiaran selama 16 episode. 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee