Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Sahkan Tarikh Tayangan Siri Korea Terbaru “MY NAME”

Netflix telah mendedahkan tarikh tayangan siri Korea My Name, iaitu pada 15 Oktober 2021. Perkhidmatan streaming itu juga turut melancarkan poster teaser yang menampilkan Han So-hee yang akan membawa watak utama. My Name adalah mengenai seorang wanita yang berdendam yang menyertai sindiket jenayah dan menjadi polis yang menyamar untuk mencari pembunuh ayahnya.

Poster tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, tertera perkataan: “Tidak ada yang tahu. Musuh saya, dendam saya.” Ini disertai dengan gambar Han So-hee yang menghantui, dalam peranan yang tidak pernah dilihat oleh penonton sebelumnya. Perwatakannya sebagai Jiwoo dalam My Name sangat berbeza dari watak-wataknya yang pernah dimainkannya seperti yang terkenal sebagai Yeo Da-gyeong dalam The World of the Married dan Yu Na-bi dalam Nevertheless.

Dia berdiri di lorong gelap dengan goresan yang mendalam di wajahnya dan belati yang dipenuhi darah di tangannya, seolah-olah dia baru saja terselamat dalam pertarungan sengit. Han So-hee, yang melakukan adegan aksinya sendiri, sangat menyakinkan seperti Jiwoo, seorang wanita yang dengan rela hati memasuki dunia penjahat untuk membalas dendam terhadap pembunuhan ayahnya dan menyamar dalam pasukan polis dengan menggunakan nama samaran. Dia tidak akan berhenti membalas dendam dan berhadapan dengan kebenaran yang kejam.

My Name menjanjikan aksi noir yang memuaskan dengan plot yang padat dan mendebarkan. Nantikan siri terbaru ini pada 15 Oktober, hanya di Netflix.

Related posts

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment