Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Netflix Sahkan Produksi “Black Knight”, Akan Dibintangi Kim woo-bin, E Som & Kang you-seok

Netflix telah mengesahkan penerbitan Black Knight dengan penglibatan pengarah Cho Ui-seok dan barisan pelakon bintang seperti Kim woo-bin, Kang you-seok dan E Som. Dalam Siri Netflix baharu ini, Cho dan Kim woo-bin akan bersatu semula selepas filem terkenal mereka, Master.

Black Knight ditetapkan pada tahun 2071 dimana dunia mengalami pencemaran udara yang teruk. Orang ramai terpaksa bergantung pada topeng pernafasan untuk bernafas. Hanya satu peratus daripada umat manusia yang terselamat, dan stratifikasi sosial yang ketat telah ditubuhkan di tanah terpencil di Semenanjung Korea.

Pemandu penghantaran memainkan peranan penting dalam sistem ini, dan bagi pelarian, menjadi pemandu penghantaran adalah satu-satunya harapan mereka untuk terus hidup. Di tengah-tengah huru-hara seperti itu, Black Knight mengisahkan seorang pemandu penghantaran legenda “5-8” dengan kemahiran pertempuran yang luar biasa dan seorang pelarian “Sawol” yang memasang impian untuk mengikuti jejak langkahnya.

Black Knight berdasarkan webtoon popular dengan tajuk yang sama yang telah memenangi Anugerah E-IP di Pasaran Filem Asia — acara yang menghubungkan drama web, novel web, webtoon, pencipta cerita kepada pakar industri hiburan yang boleh merombaknya ke dalam format yang berbeza. Cerita ini mendapat perhatian kerana premis kreatifnya, yang menggambarkan semula profesion yang dianggap biasa, dalam kes ini, Pemandu Penghantaran, menjadi kumpulan unik yang bertanggungjawab untuk kelangsungan hidup umat manusia.

Cho mengetuai projek ini untuk mengubah cerita asal menjadi sebuah siri yang penuh dengan aksi. Melalui karya-karyanya yang lalu – Master, Cold Eyes, dan The World of Silence – Cho menunjukkan kebolehan dalam bercerita, urutan aksi dan sinematografi yang bergaya.

Kim woo-bin, yang telah memukau penonton dalam filem seperti Master, Twenty dan The Con Artists dan dalam drama seperti Uncontrollably Fond dan Inheritors, membintang siri terbaru ini sebagai pemandu penghantaran legenda “5-8.” Jangkaan tinggi untuk Black Night kerana Kim bertemu semula dengan Cho buat kali pertama selepas Master.

Sementara itu, Sawol – seorang budak pelarian dan peminat “5-8” yang bercita-cita menjadi pemandu penghantaran – akan dilakonkan oleh bintang yang sedang meningkat naik, Kang you-seok. Kang telah meluaskan spektrumnya dan berada di landasan pantas untuk menjadi terkenal dengan persembahannya dalam drama seperti The Grotesque Mansion: The Original, Light on Me, Start-Up dan Once Again.

Akhir sekali, kita mempunyai E Som yang akan memainkan watak Seolah, seorang pegawai tentera di Komando Perisikan Pertahanan. Seolah menyelamatkan nyawa Sawol dan menjaganya seperti keluarganya sendiri. Kehebatan lakonan E Som telah terbukti dengan persembahannya yang transformatif dalam filem Samjin Company English Class, Inseparable Bros, Microhabitat dan drama Taxi Driver.

Secara keseluruhan, di bawah bimbingan Cho, sinergi antara pelakon yang cemerlang dan gambaran watak-watak unik akan menawan hati penonton.

Black Knight akan ditayangkan kepada penonton di seluruh dunia, hanya di Netflix.

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment