Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Rancang Spin Off Anime ‘Stranger Things’


Menurut laman What’s on Netflix, syarikat penstriman Netflix dilaporkan merancang anime spin off Stranger Things yang bertajuk Stranger Things Tokyo.

Rancangan baharu itu akan dianggap sebagai spin-off Stranger Things yang pertama dan mungkin berdurasi kira-kira enam jam. Tidak banyak butiran lanjut mengenai siri itu didedahkan, tetapi laman web tersebut berkongsi logline yang mengisyaratkan bahawa siri anime akan datang sedikit berbeza dari siri utama:

“Pertembungan dengan Upside Down berkembang menjadi pengembaraan besar untuk adik-beradik kembar yang suka permainan video yang tinggal di pinggir Tokyo pada 1980-an,” menurut logline itu.

Tiada tarikh tayangan diberikan untuk Stranger Things Tokyo pada masa ini, walaupun projek itu dikatakan sedang dalam pertimbangan sejak awal 2021.

Stranger Things berlatarkan tahun 1980-an di bandar fiksyen Hawkins, Indiana. Apabila seorang budak lelaki hilang, sebuah bandar kecil membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa ghaib yang menakutkan, dan seorang gadis kecil yang pelik.


Siri popular itu dicipta dan diterbitkan oleh Matt dan Ross Duffer, yang juga bertindak sebagai ‘showrunner’. Penerbit eksekutif ialah Shawn Levy, Dan Cohen, dan Iain Patterson. Semua episod Musim 4 kini tersedia untuk penstriman secara eksklusif di Netflix.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

Kakimuvee