Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Peroleh Hak Filem Aksi Thriller MOSUL Terbitan Russo Brothers

Filem aksi thriller Mosul, terbitan Russo Brothers (Extraction, Avengers: Endgame) telah diambil alih oleh Netflix dengan rancangan untuk mengedarkan filem itu ke seluruh dunia pada bulan November, lapor The Hollywood Reporter.

Mosul ditulis dan diarahkan oleh Matthew Michael Carnahan (World War Z, 21 Briges) dan diilhamkan dari artikel New Yorker, “The Desperate Battle to Destroy Isis,” tulisan Luke Mogelson.

Filem ini menceritakan kisah benar sekumpulan lelaki Iraq yang bangkit menentang ISIS ketika kumpulan pengganas itu mengambil alih kota dan keluarga mereka. Ia akan memberi fokus pada pasukan Nineveh SWAT, sebuah unit polis yang melancarkan perang gerila terhadap kumpulan pengganas dalam perjuangan terdesak untuk menyelamatkan kota mereka. 

Barisan pelakon terdiri daripada Suhail Dabbach (The Hurt Locker), Adam Bessa (Extraction) dan Is’Haq Elias. Russo Brothers menjadi penerbit bersama-sama Mike Larocca serta The New Yorker Studios (Only the Brave).

Mosul merupakan kerjasama terbaru diantara Russo Brothers dan plaform streaming Netflix. Mereka sebelum ini telah berkerjasama dalam filem Extraction lakonan Chris Hermsworth, yang mana filem aksi tersebut telah mendapat jumlah tonton tertinggi dalam sejarah Netflix.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment