Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Pelakon asal, termasuk Song Kang dan Lee Jin-wook akan kembali, bersama-sama barisan pelakon baharu.

Netflix hari ini mengesahkan penggambaran berturut-turut siri popular Sweet Home Musim 2 dan 3, dengan jalan cerita dan barisan pelakon yang semakin meluas. 

Bintang kesayangan peminat, Song Kang dan Lee Jin-wook akan kembali, bersama pelakon asal Lee-Si-young, Ko Min-si dan Park Kyu-young.


Mereka akan kembali bergabung dengan penggarah hebat Lee Eung-bok dalam meneruskan cerita tentang penghuni Green Home yang terselamat. 

Bintang-bintang baharu yang menyertai barisan pelakon asal termasuklah Yoo Oh-seong, Oh Jung-se, Kim Moo-yeol dan Jung Jin-young. 

“”Musim 2 akan menyertakan tetapan baharu, dan butiran teknikal yang tidak dapat kami perhalusi dalam Musim 1, dan akan dipertingkatkan lagi dalam Musim 2,” kata Pengarah Lee, membayangkan dunia francais yang lebih luas dan visual yang lebih menakjubkan.

Apabila Musim 1 ditayangkan di Netflix pada tahun 2020, raksasa yang menakutkan dan penceritaan yang bijak menetapkan penanda aras baharu dalam genre makhluk raksasa, mendapat pujian daripada peminat.

South China Morning Post menyifatkannya sebagai “menyeronokkan yang mengerikan“, manakala Decider mengajak orang ramai untuk menontonnya kerana “Sweet Home membezakan dirinya dengan tetapannya dan raksasanya.”

Siri ini telah memenangi banyak anugerah antarabansa seperti 2021 Asian Academy Creative Awards (AACA) dan 3rd Asia Contents Awards.

Related posts

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Gambar-Gambar Terbaru SEOUL VIBE Menyerlahkan Lagi Latarbelakang 80-an Untuk Filem Aksi Terbaru Netflix

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

“Emergency Declaration” Catat Kutipan RM4 Juta Di Malaysia

Zulaikha

Leave a Comment