Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Walaupun belum menayangkan musim kedua, Netflix telah mengumumkan musim ketiga The Witcher. Pengumuman itu dibuat dibuat semaca acara maya Tudum pada Ahad yang lalu.

Semasa pembentangan francais The Witcher di Netflix, showrunner musim pertama dan kedua The Witcher, Lauren Schmidt, telah mengesahkan lebih banyak kandungan francais akan datang ke perkhidmatan streaming, dan ia termasuklah perancangan musim ketiga.

Sementara itu, klip musim kedua turut dilancarkan, menampilkan dua watak utama, Geralt dan Ciri, serta cabaran yang akan dihadapi mereka dalam musim akan datang. Anda boleh lihat video pengumuman The Witcher musim ketiga dan klip musim kedua dibawah.

Pada Musim 2, selepas percaya Yennefer kehilangan nyawa semasa Pertempuran Sodden, Geralt of Rivia membawa Puteri Cirilla ke tempat paling selamat yang dia diketahuinya, iaitu tempat tinggalnya masa kecil yang terletak di Kaer Morhen. Walaupun raja Benua, elf, manusia, dan iblis berusaha untuk mendapatkan penguasaan di luar temboknya, dia mesti melindungi gadis itu dari sesuatu yang jauh lebih berbahaya: kekuatan misteri yang dimilikinya.

Berdasarkan siri fantasi terlaris, The Witcher adalah kisah epik dan kekeluargaan. Geralt of Rivia, seorang pemburu raksasa yang bersendirian, berjuang untuk mendapatkan tempatnya di dunia di mana orang sering terbukti lebih jahat daripada binatang. Tetapi apabila takdir membawanya ke arah ahli sihir yang kuat, dan seorang puteri muda dengan rahsia berbahaya, ketiga-tiga mereka harus bekerjasama merentasi Benua yang semakin tidak stabil dan berpecah-belah.

Siri ini dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Puteri Cirilla, Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg, MyAnna Buring sebagai Tissaia, dan Joey Batey sebagai Jaskier.

Musim kedua akan memperkenalkan beberapa watak baru yang dilakonkan oleh Kristofer Hivju (Game of Thrones), Kim Bodnia (Killing Eve), Paul Bullion (Peaky Blinders), Yasen Atour (Young Wallender), Agnes Bjorn, Basil Eidenbenz (Fast and Furious 9 ), Aisha Fabienne Ross (The Danish Girl), Mecia Simson (Britain and Ireland’s Next Top Model) dan banyak lagi.

Siri The Witcher berdasarkan kisah dan novel karya Andrzej Sapkowski. Pencipta Lauren Schmidt Hissrich berperanan sebagai penerbit eksekutif dan showrunner.

Strim The Witcher (2019)

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment