Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Mengumumkan Tudum: Acara Peminat Global Secara Langsung Dari Brazil Pada 17 Jun


Peminat bertanya dan Netflix mendengar! Tudum: Acara Peminat Global kembali dan lebih besar daripada sebelumnya! Selepas dua tahun sebagai acara maya, Tudum 2023 akan disiarkan secara langsung di hadapan ribuan peminat di São Paulo, Brazil kepada penonton di seluruh dunia pada 17 Jun.

Peminat Netflix diseluruh dunia dijemput hadir ke YouTube.com/Netflix untuk menonton acara menarik selama dua jam yang menampilkan bintang dan pencipta Netflix dari seluruh dunia. Sertai Netflix secara langsung untuk mendengar berita eksklusif dan melihat rakaman, treler dan penampilan pertama siri, filem dan permainan kegemaran anda yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Berikut ialah semua butiran yang anda tidak mahu ketinggalan:

Masa dan tarikh: 17 Jun pada 1:30 petang PT / 4:30 petang ET / 5:30 petang BRT

Cara menonton: Layari YouTube.com/Netflix

Berikut adalah pelakon, bakat yang dijadualkan muncul secara langsung di acara yang berlangsung di Brazil (tertakluk kepada perubahan):


  • Chris Hemsworth, Sam Hargrave – Extraction

  • Arnold Schwarzenegger – Fubar

  • Gal Gadot, Jamie Dornan, Alia Bhatt – Heart of Stone

  • Chase Stokes – Outer Banks 

  • Jess Hong, Benedict Wong, Jovan Adepo, Alex Sharp, John Bradley – 3 Body Problem

  • Henry Cavill, Anya Charlotra, Freya Allan, Joey Batey – The Witcher

  • Zack Snyder, Deborah Snyder, Sofia Boutella – Rebel Moon 

  • Gordon Cormier, Kiawentiio, Ian Ousley,  Dallas Liu – Avatar: The Last Airbender

  • Christian Malheiros, Jottapê, Bruna Mascarenhas – Sintonia

  • Inaki Godoy, Mackenyu, Emily Rudd, Jacob Romero Gibson, Taz Skylar – One Piece

  • André Lamoglia, Valentina Zenere – Elite

  • Nicola Coughlan – Bridgerton

  • India Amarteifio, Corey Mylchreest – Queen Charlotte: A Bridgerton Story

  • Maisa – Back to 15

  • Maitreyi Ramakrishnan, Jaren Lewison, Darren Barnet – Never Have I Ever

  • Mihir Ahuja, Dot, Khushi Kapoor, Suhana Khan, Yuvraj Menda, Agastya Nanda and Vedang Raina – The Archies

  • Aria Mia Loberti, Louis Hofmann- All the Light We Cannot See

Selain itu juga, terdapat penampilan istimewa: 

  • An appearance from Stranger Things

  • Jenna Ortega, Hunter Doohan, Emma Myers, Joy Sunday – Wednesday

  • Squid Game

  • Squid Game: The Challenge

  • Penn Badgley – You

  • Lily Collins – Emily In Paris

  • Kevin Hart, Gugu Mbatha-Raw – Lift

  • Pedro Alonso – BERLIN

  • Nick and Vanessa Lachey – Love is Blind

  • Chloe Veitch – Too Hot to Handle

  • Ralph Macchio, William Zabka and the cast of Cobra Kai

  • Corinna Brown, Kizzy Edgell – Heartstopper

  • Omar Sy – Lupin

  • John Boyega, Teyonah Parris – They Cloned Tyrone

  • Clara Galle, Julio Peña Fernández – Through My Window: Across The Sea

  • Dianna Agron, Tenoch Huerta, Bobby Luhnow – The Chosen One

  • Golda Rosheuvel – Bridgerton 

Dan nantikan lebih banyak kejutan!

Tudum, yang diilhamkan oleh bunyi yang anda dengar sejurus sebelum siri atau filem bermula di Netflix, juga merupakan acara Netflix terbesar di seluruh dunia, meraikan filem, siri, bakat dan pencipta yang menentukan jenama. Strim secara langsung acara global tahun ini di Brazil – lokasi acara Tudum pertama pada tahun 2020.


Related posts

Kejayaan Filem Pertama Dorong Netflix Pesan Filem Sekuel Troll

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Filem Seram Netflix Sister Death Dari Pengarah [REC] Akan Ditayangkan Pada Halloween Ini

Kakimuvee