Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Netflix Melancarkan Rancangan Komedi Tempatan Pertama Dari Asia Tenggara


Peneraju utama perkhidmatan hiburan internet, Netflix, akan melancarkan rancangan komedi tempatan pertama dari Asia Tenggara menampilkan pelawak terkenal, Harith Iskandar pada 19 Jan ini.

Netflix menerusi kenyataan berkata rancangan ‘I Told You So’ yang bersiaran selama sejam itu menyentuh pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, sosial dan kebudayaan yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Ketua Rancangan Asli Antarabangsa – Asia Netflix Erika North berkata sejak dilancarkan pada 2016, pihaknya telah memperluaskan program rancangan antarabangsa dari Asia dan sedang menghasilkan rancangan original di lebih 15 negara serantau termasuk Jepun, Korea Selatan, India dan Thailand pada tahun ini.

“Kami berasa teruja kerana dapat mempersembahkan rancangan komedi istimewa Asia yang terbaharu kepada peminat selain memperkenalkan bakat terhebat tempatan seperti Harith kepada penonton kami di seluruh dunia.

“Kami mempunyai kepercayaan penuh pada pencerita dan cerita-cerita menarik yang merentasi sempadan dengan memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan menyediakan sebuah platform bagi mempersembahkan hasil karya itu,” katanya.


Selain Harith, Netflix turut menampilkan persembahan pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz serta pelawak Malaysia Kavin Jay masing-masing menerusi rancangan ‘Almost Banned’ dan ‘Everybody Calm Down!’ pada 26 Jan dan 2 Feb depan.

Sumber: BERNAMA


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee