Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Berita

Netflix & Legendary Akan Hasilkan Siri Anime “Tomb Raider” & “Skull Island”

Netflix dan Legendary Television akan menghasilkan dua siri anime terbaru yang berdasarkan dari filem Kong: Skull Island dan francais permainan video Tomb Raider. 

Siri pertama, berjudul Skull Island, akan menjadi babak baru dalam dunia MonsterVerse Legendary dan berpusat pada sekumpulan watak yang berpecah ketika mereka berusaha keras untuk melarikan diri dari tempat paling merbahaya di Bumi – iaitu sebuah pulau misteri yang terkenal sebagai rumah kepada raksasa prasejarah, termasuk titan terhebat, Kong.

Siri ini akan ditulis dan diterbitkan Brian Duffield bersama-sama Jacob Robinson. Powerhouse Animation akan menjadi studio animasi untuk projek terbaru ini. 

Siri kedua yang berjudul Tomb Raider akan berpusat pada ikon permainan video Lara Croft, dan ditetapkan Shadow of the Tomb Raider (2018), siri terakhir dalam trilogi permainan video Tomb Raider. 

Tomb Raider, yang ditulis dan diterbitkan Tasha Huo (The Witcher: Blood Origin), akan memaparkan penggembaran terhebat pahlawan ikonik ini ketika dia meneroka wilayah baru.

Legendary dan Netflix kini sedang bekerjasama dalam projek anime The Black yang berdasarkan francais hit Pacific Rim. The Black masih diperingkat produksi dan dijangka ditayangkan di platform streaming pada tahun ini. 

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment