Official TrailerSiri TV

Netflix Lancarkan Trailer Terbaru Siri TV SNOWPIERCER

Views

Netflix telah melancarkan siri televisyen Snowpiercer, adaptasi dari filem berjudul sama arahan Bong Joon-ho. Siri bertemakan dystopian thriller ini akan menemui penonton di Netflix pada 25 Mei 2020. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Snowpiercer mengisahkan tentang dimana Bumi tidak lagi sesuai untuk diduduki kerana mengalami musim sejuk yang melampau. Populasi manusia dikumpulkan dalam keretapi yang bergerak mengelilingi dunia. Siri ini menceritakan tentang perbezaan kelas, ketidakadilan sosial dan survival politik.

Episod pertama diarahkan secara bersama oleh Scott Derrickson dan James Hawes manakala skrip ditulis oleh Graeme Manson. Siri ini merupakan reboot dari kesinambungan filem asal.

Daveed Diggs dan Jennifer Connelly akan membintangi siri ini bersama-sama Mickey Sumner, Annalise Basso, Sasha Frolova, Alison Wright, Benjamin Haigh, Roberto Urbina, Katie McGuinness, Susan Park, Lena Hall, Sheila Vand, Sam Otto, Iddo Goldberg, dan Jaylin Fletcher.

Tinggalkan Balasan

shares