Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Netflix Lancarkan Trailer Terbaru Dracula, Akan Disiarkan Bulan Hadapan


Netflix dan BBC telah melancarkan trailer terbaru minisiri Dracula, adaptasi dari novel klasik Bram Stroker. Trailer terbaru ini memaparkan Claes Bang yang memainkan peranan sebagai Count Dracula yang cuba memusnahkan semua orang yang cuba menghalangnya.

Laman streaming Netflix akan mula menayangkan minisiri ini pada 4 Januari 2020, empat hari selepas ditayangkan di BBC. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Minisiri Dracula ini dicipta dan ditulis oleh Mark Gatiss dan Steven Moffat (Sherlock) berdasarkan buku yang ditulis oleh Bram Stoker. Plot siri masih lagi tidak didedahkan, tetapi akan berlatarbelakangkan tahun 1897 dimana Count Dracula mencari mangsa di Victorian London dan menentang keturunan Van Helsing.

Turut menyertai barisan pelakon adalah John Heffernan (Eye in the Sky), Joanna Scanlan (No Offence), Dolly Wells (Pride and Prejudice and Zombies), Sacha Dhawan (Iron Fist), Jonathan Aris (Morgan), Morfydd Clark (Pride and Prejudice and Zombies), Nathan Stewart-Jarrett (Misfits), Lyndsey Marshal (The League of Gentlemen), Chanel Cresswell (This Is England), Matthew Beard (An Education), Lydia West (Years & Years), Paul Brennen (Happy Valley), Sarah Niles (Catastrophe), Sofia Oxenham (Poldark), John McCrea (God’s Own Country), Phil Dunster (Humans) dan Millicent Wong.

BBC akan menayangkan minisiri di United Kingdom, manakala Netflix dikawasan Amerika Syarikat dan seluruh dunia.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee