Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ditayangkan di Netflix. Bagi meningkatkan kehangatannya, laman penstriman atas talian itu telah melancarkan trailer terbaru 6 Underground arahan Michael Bay yang memaparkan Ryan Reynolds mengumpul pasukannya untuk menjalankan operasi menengakkan keadilan secara haram.
Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.
6 Underground dibintangi pelakon seperti Ryan Reynolds, Dave Franco, Manuel Gracia-Rulfo, Adria Arjona, Corey Hawkins, Ben Hardy, Lior Raz, Mélanie Laurent dan Payman Maadi.
Plot filem berkisarkan tentang 6 jutawan yang memalsukan kematian mereka dan menubuh pasukan elit untuk menumpaskan penjahat.
Diterbitkan Netflix dan Skydance Media dengan kerjasama Bay Films, 6 Underground idea asal dari penulis dan penerbit eksekutif Rhett Reese dan Paul Wernick. Filem ini merupakan kerjasama pertama diantara Netflix dan Skydance Media dalam penerbitan filem.
Kedua-dua syarikat sebelum ini bekerjasama dalam rancangan televisyen seperti Grace And Frankie dan Altered Carbon.
6 Underground akan menemui penonton pada 13 Disember 2019, hanya di platform penstriman Netflix.