Official Trailer

Netflix Lancarkan Trailer Earthquake Bird Lakonan Alicia Vikander

View

Netflix telah melancarkan trailer pertama filem Earthquake Bird lakonan Alica Vikander (Tomb Raider) dan Riley Keough (Mad Max: Fury Road). Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Diadaptasikan dari novel karya Susanna Jones, Earthquake Bird akan berlatarbelakangkan Tokyo pada tahun 1989, Lucy Fly, wanita muda yang bermastautin di Jepun disyaki membunuh apabila rakannya, Lily hilang dalam keadaan cinta segitiga dengan Teiji, seorang jurugambar tempatan yang tampan.

Filem ini turut dibintangi pelakon seperti Kiki Sukezane, Yoshiko Sakuma, Kazuhiro Muroyama, Ken Yamamura, Crystal Kay, Akiko Iwase, dan Jack Huston.

Kevin Walsh dan Michael Pruss bertindak selaku penerbit bersama-sama Ann Ruark dan Georgiana Pope, manakala Ridley Scott bertindak selaku penerbit eksekutif.

Earthquake Bird akan bersiaran dilaman penstriman video Netflix pada 15 November ini.

BACA:  Klip Filem 47 Meters Down: Uncaged Berikan Ketakutan Didalam Air

Tinggalkan Balasan

shares