Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Netflix Lancarkan Trailer “Don’t F**k This Up”, Siri Dokumentari Mengenai Kevin Hart

Netflix telah melancarkan trailer siri dokumentari terbaru mereka berjudul Don’t F**k This Up yang mana ia akan menceritakan kehidupan aktor komedi Kevin Hart termasuklah beberapa siri kontroversi yang pernah dialaminya. Dokumentari enam episod itu akan boleh distrim mulai 27 Disember, eksklusif di Netflix.

Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Kevin Hart: Don’t F**k This Up akan menyaksikan pelawak dan pelakon berusia 40 tahun itu memberikan akses kepada penonton untuk kehidupannya sepanjang tahun lalu yang menyaksikan dia melalui pelbagai masalah sebagai bapa, rakan kongsi, seorang tokoh, dan ahli perniagaan. Hart akan membuka buku dan merenung peristiwa-peristiwa lalu yang membentuk dirinya pada masa kini.

Dokumentari itu akan memaparkan temubual bersama keluarga dan rakan, rakaman dan simpanan peribadi. Ia juga turut memasukkan kehidupan seharian Hart, kontroversi Oscar, perkahwinan dan juga kariernya.

Ini merupakan kolaborasi ketiga diantara Hart dan Netflix dimana kedua-duanya sebelum ini pernah menerbitkan dokumentari Kevin Hart’s Guide to Black History Himself dan Kevin Hart: Irresponsible.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment