Official Trailer

Netflix Lancarkan Trailer 6 Underground Lakonan Ryan Reynolds

Views

Netflix telah melancarkan trailer pertama filem 6 Underground arahan Michael Bay dan lakonan Ryan Reynolds. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

6 Underground turut dibintangi Dave Franco, Manuel Gracia-Rulfo, Adria Arjona, Corey Hawkins, Ben Hardy, Lior Raz, Mélanie Laurent dan Payman Maadi. Plot filem berkisarkan tentang 6 jutawan yang memalsukan kematian mereka dan menubuh pasukan elit untuk menumpaskan orang jahat.

Filem ini diterbitkan Netflix bersama Skydance Media dengan kerjasama Bay Films. Ia berdasarkan idea asal dari penulis dan penerbit eksekutif Rhett Reese dan Paul Wernick. Selain itu, ia merupakan kerjasama pertama diantara Netflix dan Skydance Media dalam penerbitan filem. Kedua-dua syarikat sebelum ini bekerjasama dalam rancangan televisyen seperti Grace And Frankie dan Altered Carbon. 

Netflix telah menetapkan tarikh siaran 6 Underground pada 13 Disember 2019.

BACA:  Pe'nampak'kan Zombi Dalam Klip Video Terbaru Maze Runner: The Death Cure

Tinggalkan Balasan

shares