Netflix Lancarkan Teaser Trailer Marriage Story Lakonan Scarlett Johansson & Adam Driver

104
views

Netflix telah melancarkan teaser trailer filem Marriage Story lakonan Scarlett Johansson dan Adam Driver. Anda boleh saksikan trailer filem tersebut dipemain video dibawah.

Filem bertemakan komedi drama ini mengisahkan tentang seorang pengarah teater dan isteri yang merupakan pelakon bergelut melalui proses perceraian yang meletihkan, sehingga memaksa mengeluarkan sifat keperibadian dan kreativiti yang cukup ekstrem.

Turut membintangi filem ini adalah Laura Dern, Alan Alda, dan Ray Liotta. Pengarah filem The Squid and the Whale, Noah Baumbach bertindak selaku pengarah dan penulis skrip filem ini.

Marriage Story akan ditayangkan dipawagam terpilih dan di laman penstriman video Netflix pada musim luruh ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here