Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Lancarkan Teaser & Poster Terbaru Ghost in the Shell: SAC_2045

Susulan pengumuman Netflix mengenai senarai anime yang akan ditayangkan sepanjang tahun ini hingga tahun hadapan, Netflix telah melancarkan teaser serta poster terbaru anime Ghost in the Shell: SAC_2045 yang memaparkan kepulangan Major Motoko Kusanagi dalam siri akan datang. Anda boleh saksikan trailer dan poster dibawah.

Musim ketiga Ghost in the Shell: Stand Alone Complex ini ditetapkan pada tahun 2045. Selepas kapitalisme global telah gagal, pasukan elit Jepun yang dikenali sebagai Bahagian 9 telah mula menjalankan operasi siber rahsia untuk menangkis ancaman yang semakin berleluasa.

Projek ini sepatutnya bermula pada tahun 2017, semasa filem live-action lakonan Scarlett Johansson ditayangkan. Namun terpaksa ditanggu disebabkan filem tersebut gagal dari segi kritik dan komersial.

Francais Ghost in the Shell bermula dari manga berjudul sama yang ditulis dan dilukis oleh Masamune Shirow, dan diterbitkan pada tahun 1989 sehingga 1997. Disebabkan populariti yang tinggi, Ghost in the Shell dikembangkan sehingga terbitnya lima filem animasi, empat siri animasi, empat permainan video dan empat siri animasi video. Kesemuanya menerima respon yang sangat positif dari peminat.

Netflix kini sedang mengembangkan bahan siaran anime mereka dan sedang menghasilkan beberapa siri baru termasuklah Pacific Rim, Altered Carbon, Ultraman dan banyak lagi, serta siri live action adaptasi dari anime popular berjudul Cowboy Bepop. 

Ghost in the Shell: SAC_2045 akan ditayangkan pada tahun 2020.

POSTER

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee