Official TrailerSiri TV

Netflix Lancarkan Klip Animasi Fast & Furious: Spy Racers

Views

Netflix dan Dreamworks TV telah melancarkan klip animasi Fast & Furious: Spy Racers yang memaparkan aksi tipikal francais Fast & Furious yang sarat dengan aksi dan letupan. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Siri animasi ini berdasarkan dari francais popular Fast & Furious dan akan boleh ditonton dilaman streaming Netflix mulai 26 Disember. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Fast & Furious: Spy Racers mengisahkan tentang Tony Toretto (sepupu kepada Dom Toretto) yang direkrut bersama rakannya oleh agensi kerajaan untuk menyusp masuk ke dalam liga perlumbaan kereta. Liga tersebut dianjurkan oleh organisasi jenayah terancang yang mahu mendominasi dunia.

Siri animasi ini disuarakan oleh Tyler Posey, sebagai Tony Toretto, sepupu Dom Torreto yang menjadi pelumba perisik, Camille Ramsey sebagai Layla Gray, pelumba haram terkenal yang bekerja untuk SH1FT3R, Luke Youngblood sebagai Frostee Benson, pakar teknologi muda yang berusia 13 tahun, Charlet Chung sebagai Echo, pakar perisikan dan Jorge Diaz sebagai Cisco Renaldo, orang kuat dalam krew Toretto.

Tim Hendrick dan Bret Haaland akan bertindak selaku ‘showrunners’ dan juga penerbit eksekutif siri ini. Vin Diesel dan Chris Morgan juga turut terlibat dengan siri ini sebagai penerbit eksekutif.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks