Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Netflix Lancar Trailer Transformers: War for Cybertron Trilogy – Siege.

Netflix dan Hasbor, dengan kerjasama Rooster Teeth, telah melancarkan trailer utama anime Transformers: War for Cybertron Trilogy – Siege. Akan disiarkan pada 30 Julai di platform penstriman Netflix.

Anda boleh saksikan trailer siri anime ini dibawah.

Transformers: War for Cybertron Trilogy – Siege akan menceritakan waktu-waktu terakhir perang saudara yang dasyat diantara Autobots dan Decepticons. Peperangan tersebut telah menghancurkan planet asal mereka Cybertron. Dua pemimpin, Optimus Prime dan Megatron, kedua-duanya mahu menyelamatkan dunia mereka dan menyatukan rakyatnya, tetapi hanya dengan syarat mereka sendiri.

Dalam usaha untuk mengakhiri konflik, Megatron terpaksa mempertimbangkan untuk menggunakan Allspark, sumber semua kehidupan dan kekuatan di Cybertron, untuk “reformat” semula Autobots, lalu “menyatukan” Cybertron. Kekurangan anggota, kekurangan senjata dan dikepung, Autobots yang semakin letih dalam pertemuran mengatur beberapa siri serangan balas dalam misi yang terdesak dimana sekirannya berjalan lancar, ia akan berakhir dengan pilihan yang tidak dapat difikirkan; menghapuskan planet mereka dalam usaha untuk menyelamatkannya.

Siri anime ini akan disuarakan Jake Foushee (Optimus Prime), Jason Marnocha (Megatron), Linsay Rousseau (Elita-1), Joe Zieja (Bumblebee), Frank Todaro (Starscream), Rafael Goldstein (Ratchet), Keith Silverstein (Jetfire), Todd Haberkorn (Shockwave, Red Alert), Edward Bosco (Ultra Magnus, Soundwave), Bill Rogers (Wheeljack), Sophia Isabella (Arcee), Brook Chalmers (Impactor), Shawn Hawkins (Mirage), Kaiser Johnson (Ironhide), Miles Luna (Teletraan I, Cliffjumper), dan Mark Whitten (Sideswipe, Skywarp).

Related posts

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Leave a Comment