Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Official Trailer

Netflix Lancar Trailer Terakhir & Poster Karakter “Pacific Rim: The Black”

Netflix telah melancarkan tariler kedua dan juga terakhir siri anime akan datang, “Pacific Rim: The Black“, yang akan ditayangkan pada 4 Mac ini. Poster karakter terbaru, yang menampilkan watak utama Taylor dan Hayley turut didedahkan. Anda boleh lihat trailer dipemain video dibawah. 

Suatu masa dahulu, umat manusia telah menewaskan Kaiju. Kini, mereka terpaksa mengosongkan Australia. Sepasang adik-beradik dan Jaegar yang sudah lama tidak digunakan telah merentas benua, dalam misi bahaya mencari ibubapa mereka. 

Craig Kyle (Thor: Ragnarok) dan Greng Johanson (X-Men: Evolution) bertindak sebagai showrunner untuk produksi Legendary Entertainment. Animasi ini akan mengembangkan lagi dunia Pacific Rim yang telah dimulakan oleh Guilermo del Toro pada 2013.

Filem pertama mengikuti peperangan diantara umat manusia dan Kaiju dimana bekas juruterbang dan pelatih baru telah bergabung untuk mengerakkan senjata khas yang sudah usang dalam usaha terdesak mereka untuk menyelamatkan dunia dari kiamat.

Pacific Rim ditulis oleh Travis Beacham bersama del Toro dan dibintangi Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Ron Perlman, dan Charlie Day. Filem kedua berjudul Pacific Rim: Uprising telah dihasilkan pada 2018 dan diarahkan Steven S. DeKnight serta dibintangi John Boyega, Scott Eastwood, dan Cailee Spaeny.

Related posts

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Tiga Siri Terbaru Gundam Telah Diumumkan Termasuk Anime TV Utama

Kakimuvee

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Trailer Filem Anime “Sing a Bit of Harmony” Goda Tayangan 2022

Kakimuvee

Leave a Comment