Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Netflix Lancar Trailer Rasmi “Shadow and Bone”


SHADOW AND BONE (L to R) JESSIE MEI LI as ALINA STARKOV and BEN BARNES as THE DARKLING / GENERAL KIRIGAN in SHADOW AND BONE Cr. DAVID APPLEBY/NETFLIX © 2021

Menghampiri tayangan pada hujung April ini, Netflix telah melancarkan trailer rasmi siri adaptasi Shadow and Bone, yang memberikan pandangan terbaru kepada penonton. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Berdasarkan siri novel terlaris di dunia Grishaverse karya Leigh Bardugo, “Shadow and Bone” membawa kita ke dunia yang dilanda perang di mana seorang askar yang juga anak yatim, Alina Starkov baru saja melepaskan kekuatan luar biasa yang dapat menjadi kunci untuk membebaskan negaranya.

Dengan meningkatnya ancaman mengerikan dari Shadow Fold, Alina terpisah dari semua yang dia tahu untuk dilatih menjadi sebahagian daripada anggota tentera magikal elit yang dikenali sebagai Grisha.

Tetapi ketika dia bergelut untuk mengasah kekuatannya, dia mendapati sekutu dan musuh dapat disatukan dan apa yang dilihat di dunia ini tidak seperti yang disangka. Terdapat kekuatan berbahaya di sebaliknya, termasuklah kru penjenayah , dan memerlukan lebih dari magik untuk terus bertahan.

“Shadow and Bone” dibintangi Jessie Mei Li sebagai Alina Starkov, Archie Renaux sebagai Malyen Oretsev, Freddy Carter sebagai Kaz Brekker, Amita Suman Sebagai Inej, Kit Young sebagai Jesper Fahey, Ben Barnes sebagai General Kirigan, dan banyak lagi. 


Lee Toland Krieger mengarahkan siri ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Eric Heisserer, yang turut bertindak sebagai ‘showrunner’. Heisserer dan Kriger turut menjadi penerbit eksekutif bersama penulis novel asal, Leigh Bardugo.

Siri asli terbaru Netflix ini akan menemui penonton pada 28 April 2021.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee