Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”


Netflix telah melancarkan trailer rasmi Red Notice yang penuh dengan aksi, menampilkan gandingan Dwyane Johnson, Ryan Reynolds dan Gal Gadot. Filem aksi ini dijadualkan tayangan pada 12 November 2021, eksklusif di Netflix. Anda boleh tonton trailer berserta poster terbaru di bawah:

Apabila Interpol mengeluarkan Notis Merah – waran tangkap tertinggi untuk memburu dan menangkap orang yang paling dikehendaki di dunia, profiler FBI John Hartley (Dwayne Johnson) mengetuai kes ini. Pemburuan globalnya mendapati dia terperangkap di tengah-tengah rompakan yang paling berani di mana dia terpaksa bekerjasama dengan pencuri seni terhebat di dunia, Nolan Booth (Ryan Reynolds), untuk menangkap pencuri seni yang paling dikehendaki di dunia, “The Bishop” (Gal Gadot).

Pengembaraan hebat yang seterusnya membawa trio itu ke seluruh dunia, melintasi lantai tarian, terperangkap dalam penjara terpencil, ke dalam hutan, dan yang paling buruk bagi mereka, terus menerus berbalah antara satu sama lain. Menyertai barisan pelakon bintang adalah Ritu Arya dan Chris Diamantopolous.

Red Notice diarahkan dan ditulis oleh Rawson Marshall Thurber (Central Intelligence, Skyscraper) dan diterbitkan oleh Hiram Garcia, Dwayne Johnson dan Dany Garcia dari Seven Bucks Productions, Flynn Picture Co. dan Bad Version, Inc.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee