Official Trailer

Netflix Lancar Trailer Rasmi MOSUL Terbitan Russo Brothers

Views

Netflix telah melancarkan trailer rasmi berserta poster terbaru Mosul terbitan Russo Brothers! Filem aksi terbaru ini akan menemui penonton pada 26 November 2020, eksklusif di Netflix.

Anda boleh saksikan trailer dan poster dibawah.

Mosul ditulis dan diarahkan oleh Matthew Michael Carnahan (World War Z, 21 Briges) dan diilhamkan dari artikel New Yorker, “The Desperate Battle to Destroy Isis,” tulisan Luke Mogelson.

Filem ini menceritakan kisah benar sekumpulan lelaki Iraq yang bangkit menentang ISIS ketika kumpulan pengganas itu mengambil alih kota dan keluarga mereka. Ia akan memberi fokus pada pasukan Nineveh SWAT, sebuah unit polis yang melancarkan perang gerila terhadap kumpulan pengganas dalam perjuangan terdesak untuk menyelamatkan kota mereka.

Barisan pelakon terdiri daripada Suhail Dabbach (The Hurt Locker), Adam Bessa (Extraction) dan Is’Haq Elias. Russo Brothers menjadi penerbit bersama-sama Mike Larocca serta The New Yorker Studios (Only the Brave).

Mosul merupakan kerjasama terbaru diantara Russo Brothers dan plaform streaming Netflix. Mereka sebelum ini telah berkerjasama dalam filem Extraction lakonan Chris Hermsworth, yang mana filem aksi tersebut telah mendapat jumlah tonton tertinggi dalam sejarah Netflix.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares