Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Netflix Lancar Trailer Rasmi Locke & Key Musim 2

Netflix telah melancarkan trailer penuh siri supernatural popular, Locke & Key musim kedua, yang dijadualkan kembali pada hari Jumaat, 22 Oktober ini.

Trailer Locke & Key musim kedua memaparkan adik-beradik Locke yang terus membongkar rahsia rumah mereka, sementara menemui lebih banyak kunci yang tersembunyi di dalamnya. Ini juga memberikan gambaran kepada penonton mengenai bahaya yang harus mereka hadapi pada musim ini, serta menggoda rancangan jahat Dodge yang mahu menggunakan kunci untuk menguasai dunia.

Di samping itu, Kevin Durand telah dipilih untuk membawa watak tetap dalam musim yang akan datang. Dia akan memainkan peranan sebagai Frederic Gideon, yang digambarkan sebagai kapten Revolusi Perang Inggeris yang kejam, berkarismatik, dan licik, yang menjadi musuh berbahaya bagi Keluarga Locke.

Anda boleh tonton trailer Locke & Key musim 2 dibawah:

Selepas ayah mereka dibunuh dalam keadaan misteri, tiga saudara kandung Locke dan ibu mereka telah berpindah ke rumah nenek moyang mereka, Keyhouse. Disana, mereka telah menemui kunci-kunci ajaib yang mungkin dapat mengaitkan dengan kematian ayah mereka. Ketika anak-anak Locke meneroka kunci yang berbeza dan kuasa unik mereka, syaitan misteri telah dibangkitkan – dan melakukan apa jua cara untuk menculik mereka.”

Locke & Key dibintangi Darby Stanchfield sebagai Nina Locke, Jackson Robert Scott sebagai Bode Locke, Connor Jessup sebagai Tyler Locke, Emilia Jones sebagai Kinsey Locke, Billy Heck sebagai Rendell Locke, Laysla De Oliveira sebagai Dodge, Thomas Mitchell Barnet sebagai Sam Lesser dan Griffin Gluck sebagai Gabe.

Diadaptasikan dari novel fantasi seram karya Gabriel Rodriguez, Locke & Key dicipta dan diterbitkan oleh Carlton Curse (Lost, Bates Motel) dan Merdith Averill (The Haunting of Hill House), yang turut berperanan sebagai showrunner. Penerbit eksekutif terdiri daripada Lindsey Springer, David Alpert, Rick Jacobs, Ted Adams dan David Ozer bersama Andy Muschietti dan Barbara Muschietti. 

Strim Locke & Key (2020)

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment