
Netflix telah melancarkan trailer rasmi serta poster karakter Cowboy Bepop, sebuah siri live-action yang diadaptasikan dari anime bertajuk sama. Siri yang dinantikan ini dijadualkan tayangan pada Jumaat, 19 November, hanya di Netflix.
Cowboy Bepop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 dan menceritakan tentang krew The Bepop, yang bekerjasama untuk mengesan pelarian yang diburu demi mendapatkan wang.
Di antara kru The Bepop adalah Spike Spiegel, pahlawan dengan wajahnya yang dingin, menyembunyikan masa lalu yang gelap; juruterbang Jet, penyerang kejam yang tidak sabar untuk mendapatkan bayaran; dan Faye Valentine, pahlawan wanita yang cenderung untuk memisahkan orang bodoh dari wang mereka. Berlatarbelakangkan ruang angkasa pada tahun 2017, bersama mereka adalah Ed, penggodam yang hebat, tetapi pelik, dan anjing baka Welsh Corgi yang sangat genius bernama Ein.
Anime Cowboy Bepop hanya disiarkan selama 26 episod sahaja dan satu siri istimewa pada penghujung 1990an. Adaptasi filem pernah dihasilkan pada 2001 berjudul “Cowboy Bepop: The Movie”.