
Treler baharu untuk musim kedua siri anime Netflix Pacific Rim: The Black yang akan datang telah dilancarkan, menonjolkan beberapa pertempuran besar antara Kaiju dan mecha Jaeger. Siri anime ini akan tersedia di perkhidmatan streaming Netflix pada 19 April.
Dalam trailer terbaru, banyak pertembungan epik yang akan disaksikan peminat, memberi jangkaan menarik pada musim kedua. Ia juga membayangkan nasib juruterbang adik-beradik, Taylor dan Hayley, yang diburu kumpulan misteri.
Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:
“Dalam kesimpulan siri yang cukup epik, perjalanan masih jauh dari tamat. Adik beradik Taylor dan Hayley masih berharap untuk menuju ke Sydney dengan selamat sambil memandu Atlas Destroyer, Jaeger latihan berskala kecil yang ditinggalkan ketika rakyat Australia dipindahkan. Bersama seorang remaja Mei dan bOy – kacukan manusia/kaiju misteri yang menyertai Taylor dan Hayley, keluarga sementara ini mesti merentasi wilayah berbahaya yang dikawal oleh kultus Sisters of the Kaiju yang dahagakan darah.
“Orang-orang fanatik ini, yang diketuai oleh High Priestess yang penuh dengan teka-teki, yakin bahawa bOy adalah Mesiah mereka yang telah lama ditunggu-tunggu dan tidak akan berhenti untuk mengindoktrinasi dia ke dalam lingkaran gelap mereka – sesuatu yang Hayley akan mengorbankan segala-galanya untuk menghalangnya.”
Pacific Rim: The Black dicipta oleh Craig Kyle (Thor: Ragnarok), dan Grey Johnson (X-Men: Evolution). Netflix dengan kerjasama Legendary Televisyen dan Polygon Pictures menghasilkan siri anime ini.