Official TrailerSiri TV

Netflix Lancar Trailer “I Am Not Okay With This” Lakonan Sophia Lillis

Views

Netflix telah melancarkan trailer rasmi siri adaptasi terbaru berjudul I Am Not Okay With This lakonan Sophia Lillis yang memainkan peranan sebagai seorang remaja yang mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan abiliti luarbiasa yang dimilikinya.

Berdasarkan grafik novel karya Charles Forsman berjudul sama, siri terbaru ini akan membuat debut pada 26 Februari ini. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

I Am Not Okay With This akan memaparkan kisah seorang remaja bernama Sydney yang menghadapi kesukaran dan kesulitan di sekolah tinggi, berhadapan dengan karenah keluarga, seksualiti dan kuasa misteri yang semakin bangkit dalam dirinya. Sydney digambarkan sebagai seorang gadis yang canggung dan pintar dengan memiliki humor, serta cerdas. Walaupun Sydney melihat dirinya sebagai seorang gadis biasa, namun begitu, abiliti telekinetik yang ditemui dalam dirinya bakal memberikan masalah kepadanya.

Siri adaptasi ini dibintangi Sophia Lillis sebagai Sydney dan Wyatt Oleff sebagai Stanley Barber. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kathleen Rose Perkins sebagai Maggie, Sofia Bryant sebagai Dina, Aidan Wojtak-Hissong sebagai Liam, dan Richard Ellis sebagai Brad Lewis.

BACA:  Batman Versi Rusia Dalam Klip Filem Animasi SUPERMAN: RED SON

I Am Not Okay With This dicipta Jonathan Entwistle (The End of the F***ing World) yang turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama penerbit Stranger Things, Shawn Levy, Dan Cohen dan Josh Barry.

Tinggalkan Balasan

shares